Sunday 17 July 2016

Puasa enam dan ganti

Hello gais..
Quick update:
Nak share tazkirah pagi tadi..perkongsian daripada ustaz 2 pasal puasa ganti.
Kenapa nabi beritahu siapa yang berpuasa sebulan ramadhan kemudian menyambung pula dengan berpuasa 6 hari dalam bulan syawal seolah2 berpuasa selama setahun.


Kupasan ustaz tadi kenapa setahun sebab pahala puasa ramadhan adalah gandaan sepuluh kali.bermakna 30 darab dengan 10 menjadikan jumlah itu 300..manakala 6 hari dalam bulan syawal mendapat 60.. bermakna 300 tambah dengan 60 menjadikan ianya bilangan hari dalam setahun..begitulah kupasan ustaz itu mengenai kenapa hadith nabi itu.

Turut menarik perhatian, ustaz pesan niat puasa 2.(tiap2 tahun pun orang akan tanya soalan ini) kata ustaz ada dua pandangan..pandangan pertama hanya niat ganti puasa..sekiranya ada pahala berpuasa sunat maka insyaAllah akan dapat juga..cuma hanya niat yang wajib.

Adapun pandangan kedua, membenarkan combine niat(cth sahaja aku berpuasa qada', sunat 6hari dalam syawal dan puasa hari isnin)

.
2 2 pun tiada masalah..tapi ustaz 2 ingatkan supaya kita semua rebut peluang untuk berpuasa..
Ok sekian quick update saya kali ni.
:)