Thursday 30 July 2015

Perempuan dan cantik

Perempuan dan cantik
Kenapa perempuan obses sangat nak cantik? Sebab perempuan dan cantik berpisah tiada..wah statement..gitew kan..

Ok mula mula apa itu definisi cantik?
Dalam kamus meninterpretasi "beauty" sebagai "a combination of qualities, such as shape, colour or form that please the aesthetic sense, especially the sight" contoh ayat adalah seperti "I was struck by her beauty"..
Hamboi..cantik luar cantik cantik dengar sini

Wednesday 29 July 2015

Makan gaji vs kerja sendiri

Hye everyone..hurm..cakap pasal makan gaji atau kerja sendiri, benda ni sering menjadi isu..rentetan daripada desakan hidup ramai graduan yang terpaksa menganggur..jadi kalau tanam anggur kat tempat yang betul maka boleh la dapat hasil..
Kaitan anggur dan tempat yang betul pulak kita kaitkan dengan samada makan gaji atau kerja sendiri..

Faktor-faktor yang perlu diambil kira kalau makan gaji
-fixed income
Yang best kalau makan gaji ni, cukup bulan boleh check gaji dah masuk ke belum..senang..straight forward..walaupun kengkadang baru tengah bulan dah rasa tercekik lambat nak capai air sejuk kan.. (ehem..mohon terasa😀)..
Ya kita rasa selamat selagi mana kita buat kerja kita dan semuanya siap ikut masa yang ditetapkan..senang je majikan bagi..tapi pernah tak kita fikir contoh sepatutnya pada bulan ni (bulan julai sebagai contoh), alina mendapat satu tender besar untuk syarikat (secara jelas keuntungan untuk syarikat) tetapi pada bulan tersebut hanya mendapat gaji tetap swperti yang dijanjikan..kalau kerja sendiri dah tentu keuntungan tersebut dapat kat kita..ahah..think to ponder..

-office hour
sebagai seorang yang makan gaji, pekerja terikat dengan waktu bekerja yang ditetapkan oleh majikan..sebagai contoh waktu pejabat untuk syarikat maimun selamat adalah dari pukul 8:30 sehingga 5:30 petang..jadi semua pekerja bagi syarikat maimun selamat wajib berada di pejabat pada waktu tersebut waima apa berlaku sekalipun..
Perbandingan dengan gologan bekerja sendiri mereka mempunyai masa yang tidak terikat..makna sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan maka kelebihan untuk mereka.

-restrict policy and procedure
Mana-mana company besar atau kecil, mesti ada peraturan punya..haih..kalau dah non hado acaner nak wat business.. (ketuk kepala sikit😥).
-low risk
Kenapa risiko rendah kalau makan gaji..contoh basri kerja dengan syarikat insurans (saya lebih suka sebut syarikat takaful; patuh syariah dan tiada transaksi yang meragukan) tidak perform atau tidak capai target untuk suku pertama..risiko cuma ditanggung oleh syarikat takaful sendiri dan pekerja seperti basri tidak akan terjejas periuk nasi dia..selamat dan play safe sangat..

Faktor-faktor yang perlu diambilkira kalau kerja sendiri
-fluctuate income
Bercakap pasal fluctuate income atau mudah faham non fixed income adalah satu benda yang seronok kalau kita kaji dari sudut yang positif..sebagai contoh deena collection yang mana perniagaan utama adalah baju baju yang design terbaru plus meletop2 kat instagram (sebagai contoh medium alam maya masa kini)..siap trending hashtag #deenacollection..menjadikan demand yang sangat tinggi..secara logik deena collection beh mendapat keuntungan luar jangka pada tempoh tersebut..menarik kan..pemilik deena collection dapat untung dari kerja sendiri..siapa xnak (kasi angkat tangan sikit yang xnak 2, Dee nak bagi acc no Dee ☺)
-flexible hour
bab yang flexible memang ramai la jealous..sebab best je leh kerja santai santai kan..eheh..langit x selalu cerah (cam xkena sequence connetor dia😁) Korang xtau camne orang kerja sendiri nak survive..nam bagi balance asset ngan liability..nak tengok pulang ke tidak modal..belum masuk struggle nak closing account for the month lagi..
again..think to ponder

-flexible procedure
Ada jugak percaya bahawa simple mak perfect..jadi kengkadang itu lebih membawa keuntungan kepada pemilik syarikat.
-high risk
Pepatah melayu ada sebut kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi laut (jangan tanya kalau orang duk tengah laut camne; belum buat research lagi)

Secara kesimpulannya, kita sebagai penanam ni kena la pilih tanah yang sesuai dan baja yang betul bersama dengan cara penjagaan yang betul..Maka dengan itu sama ada anda nak makan gaji atau kerja sendiri pastikan anda ada persediaan untuk menjaga bagi hasil nya memuaskan hati kita..
till then..
xoxo..

Tuesday 28 July 2015

Tips pilih couple

Amboi entry kemain..untuk siapa yang masih bercelaru memikirkan bagaimana nak pilih kriteria untuk jadikan couple..kena wat research dulu..
ya betul xelok ok couple2 ni..adalah lebih molek (macam kuih cek mek molek yang jual kat bawah pokok) kalau kita memilih pasangan hidup..persoalan sekarang calon yang bagaimana..
meh nak share tips memilih pasangan..
1. Cari yang beriman
ewah..celah mana pulak kita nak tau dia tu beriman bertaqwa dan beramal soleh (am I too demanding?)
The answer is big no!
Why? Sebab memang kena pilih yang beriman..nabi berpesan untuk memilih calon pasangan dengan 4 kriteria (agama, rupa paras, harta & keturunan)..tapi nabi dah cakap pilihlah kerana agamanya.. (its sound like hmm..u ni ustazah ke erkk) derr..
nabi juga pesan  بلغوا عني ولو آية(sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat)
2. Sesedap mata memandang
sesedap mata memandang tu camne nak cakap ye..well..cantik atau handsome seseorang 2 sangat subjektif..contoh ada orang cakap hanis zalikha 2 cantik tetiba member sebelah cakap eh erra fazira cantik lagi ok..huh kan xsama..
tapi percayalah kalau dia jodoh kita (macam tajuk cerita astro ria) cinta tu akan boleh dipupuk dan disemai (jiwang karat nampak😅)
3.sekufu
sekufu bermaksud mempunyai persamaan nantara 1 sama lain..kalau typical malay (I am proud to be a malay) sekufu cam u ade degree so so future husband pun at least kena ade degree (paham ke paham😕) tapi xsemesti camtu tafsirannya..of which ramai je suami PhD isteri degree je tapi alhamdulillah panjang jodoh mereka..

Hmm..apa2 pun pokok pangkalnya tepuk dada tanya hati..
Dee rasa nak share 1 cerita kawan dee yang nak kahwin tapi belum ada calon.. (beliau telah ada kawan beberapa orang tapi jodoh xde) ok what she did? Dia doa n wat solat solat sunat pas2 doa bersungguh (assuming macam merintih dan mengadu pada Allah ) Allah Maha Kuasa takdir dia bertemu jodoh masa 1 ramadhan n rezeki dia raya haji 2 dia nikah..bercinta lepas nikah syok ok..
*leh follow ustazah fatimah syarha kat youtube banyak rasa..dia selalu share cinta selepas berkahwin..
ok till then..
xoxo

Bismillah

Kalam bismillah kak dee mulakan..cewah..
Selalu ibu dengan ayah pesan nak mulakan apa apa mulakan dengan bismillah..
بسم الله الرحمن الرحيم dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Okay nanti kak dee sambung lagi..
okay bye☺