Thursday 31 December 2015

Bye bye 2015 & hello 2016

Sekejap je rasa dah setahun..hmm..macam2 rasa pengalaman yang ditempuh 2015..dapat biras baru..anak buah baru..kerja? Alhamdulillah masih 1 kerja..upps..silap..masih kerja yang sama..

Azam 2016
-nak rajin berkongsi di blog..
-nak cari azam awal untuk 2017..(psst; nak cantik cam fazura kira azam x 2..hehe)

Semoga tirai 2015 diakhiri dengan kematangan hidup yang mendewasakan diri..gitew kan..
Till then..
Happy new year uols😊😊


Wednesday 7 October 2015

Things that your manager would thinj to promote you

Cewah..gitew heading..actually nak share link ni kt uols also note to myself untuk rujukan di masa akan datang..
Click link kt sini <http://quickbase.intuit.com/blog/2013/08/28/7-things-managers-look-for-when-promoting/>

Friday 2 October 2015

Konvokesyen

Pergh..bila sebut pasal konvo memang throwback hokay..cam ada satu feeling yang xboleh diungkap dengan kata-kata..

Masa 2 pk segala usaha bertahun2 ini akhirnya..dapat scroll ijazah..cewah..gitew kan..

Alhamdulillah berkat doa ibu ayah yang tak henti2 mendoakan anak2..love both of you..
Terima kasih sebab sudi dengar cerita dee (kengkadang tengah malam call cuma nak cakap susah la bu subject ni..dadadadada dadada dadadada.....) ibu layan je..thanks ya ayah sebab tunggu nak ambik hantar ke kampus..campur teman cari bahan assignment ngan final year project..

I owe both you..

Arr..nak nangis..

Ok xleh tulis..bye

Takwim 2016

TAKWIM 2016!
=============
1 Jan 2016 (Jumaat) – Tahun Baru* Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

24 Jan 2016 (Ahad) – Thaipusam* Ked ah, KL, Putrajaya, Johor, N9, Perak, Penang & Selangor shj

1 Feb (Isnin) – Hari Wilayah* KL, Putrajaya & Labuan shj

8-9 Feb (Isnin & Selasa) – Tahun Baru Cina

25 Mac (Jumaat) – Good Friday* Sabah & Sarawak shj

1 Mei (Ahad) – Hari Pekerja

21 Mei (Sabtu) – Hari Wesak

6&7 Julai (Rabu, Khamis) – Hari Raya Puasa

31 Ogos (Rabu) – Hari Kebangsaan

12 September (Isnin) – Hari Raya Haji* Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu cuti 2 hari

16 September (Jumaat) – Hari Malaysia

3 Oktober (Isnin) – Awal Muharram

29 Oktober (Sabtu) – Hari Deepavali* kecuali Sarawak

12 Disember (Isnin) – Maulidurrasul

25 Disember (Ahad) –  Hari Krismas
Cuti sekolah 2016

Cuti Penggal 1 :12/03/16-20/03/16

Cuti Tgh Thn : 28/05/16-12/06/16

Cuti Pengggal 2: 17/09/16-25/09/16

Cuti Akhir Thn :19/11/16-03/1/2017
Jadual cuti sekolah tahun depan
Blh buat perancangan awal..

Saturday 26 September 2015

Petua berkesan

Tips hilangkan bau tangan selepas makan

Daa..actually dapat tips ni dari my friend yang baru balik dari business trip from indonesia..

There is one restaurant provide toothpaste dekat sink dia..so instead letak sabun biasa restaurant 2 letak toothpaste untuk cuci and guess what? Its really working..

So 2 je nak share..
Till then
Xoxo😃

Friday 11 September 2015

Bagaimana strategi menyelesaikan hutang

Strategi menyelasaikan hutang
1. Jangan buat hutang baru
2. Langsaikan hutang yang interest nya paling tinggi
3. Buka dana 'full settlement' hutang
4. Gunakan duit "durian runtuh" untuk selesaikan hutang
5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam dana 'full settlement' hutang
6. Bila sudah selesai satu hutang, simpan ansuran bulanan seterusnya ke dalam dana 'full settlement' hutang
7. Bayar hutang secara automatik

Info dari blog Mohd Zulkifli Shafie
-sekadar perkongsian..

Insurans dan perlindungan; satu keperluan atau kemestian

Topik kali ni agak berat..cam assignment..kikiki..
On the serious note is that we as typical malay would prefer not to talk much regards to insurance..perghh..gitew kan omputih.
Saya sendiri pada mulanya berkelakuan sedemikian rupa..antara scripted dialog adlah "emm..no thanks..saya company cover,". But im serious..it is really important to have each one of you..we are not to plan to become sick, but again it is so called protection if anything happen..simple situation bila mana seseorang jatuh sakit of which the employer will bear all the cost la kan..tapi sekiranya lepas berhenti contoh nak berhenti umur 50tahun..masa 2 baru nak ambik takaful atau insurans..besar kemungkinan kena bayar bulanan yang tinggi..ha kan dah rugi..jadi fikirkan ye semua

Monday 31 August 2015

Working long hours leads to increase in cardiovascular risk

Working 55 hours or more per week is linked to a one-third freater risk of stroke compared to a 35-to-40-hour work week, according to recent research published.

Based on a review of 17 studies covering 528,908 men and women followed for an average of 7.2 years, the increased stroke risk remained once smoking, alcohol consumption and level of physical activity were taken into account.

Source: The Sun; September 1,2015 page 20
*sila dapatkan the sun untuk laporan penuh..
Hihi
Bye..

Tips jimat cermat

1. Hadkan perbelanjaan
2. Wajib simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji (termasuk la claim)
3. Disiplinkan diri untuk membawa bekal ke pejabat
4. Amalkan sikap menabung
Sebut menabung ade 2 kaedah
(a) menabung secara biasa
Samada nak simpan bawah bantal atau simpan di bank dalam akaun simpanan biasa
(b) menabung dalam bentuk pelaburan
Bagaimana nak melabur dalam volume yang kecil? Kita selalu dengar pasal main kutu kan..konsep yang sama jugak cuma bagi kat entiti untuk uruskan duit kita.
-unit amanah(unit trust)
-fixed returned investment
-takaful-investment link
Option yang yang senaraikan adalah contoh sahaja..ada banyak pilihan tau..nasihat saya agar buat research dulu sebelum melabur..takut kena tipu dengan skim cepat kaya. Antara tips xnak kena tipu boleh semak samada company berdaftar dengan bank negara malaysia atau pun suruhanjaya sekuriti malaysia..
Ehm..contohnya cimb islamic ade produk fixed returned investment-I..
Contoh unit trust pulak boleh tengok di cimb principal asset management (CPAM) atau boleh trus hubungi agent CWA..
Ewah..cimb contoh semuanya kan..
5. Senaraikan keperluan yang wajib setiap bulan
6. Melabur dengan bijak
Nak jimat kena melabur? Betul ye kawan-kawan..sebab apa Dee cakap melabur pun satu tips nak jimat kerana daripada kita simpan duit simpanan kita dalam akaun biasa..

Contoh mudah Azwin dapat bonus tahun 2014 sebanyak RM20,000 (anggaran gaji rm5000×4bulan bonus)..Azwin kena selesaikan hutang sebanyak RM10,000 dan hadiah kepada ibu bapa campur ibu bapa mertua beserta simpanan tambahan untuk 2 anak-anak azwin menjadikan baki bouns Azwin sebanyak RM 5000.. ada banyak pilihan untuk melabur..macam point no 4 ye..

Ok battery phone dah low..
Nanti saya sambung ye..
Bye.

Thursday 30 July 2015

Perempuan dan cantik

Perempuan dan cantik
Kenapa perempuan obses sangat nak cantik? Sebab perempuan dan cantik berpisah tiada..wah statement..gitew kan..

Ok mula mula apa itu definisi cantik?
Dalam kamus meninterpretasi "beauty" sebagai "a combination of qualities, such as shape, colour or form that please the aesthetic sense, especially the sight" contoh ayat adalah seperti "I was struck by her beauty"..
Hamboi..cantik luar cantik cantik dengar sini

Wednesday 29 July 2015

Makan gaji vs kerja sendiri

Hye everyone..hurm..cakap pasal makan gaji atau kerja sendiri, benda ni sering menjadi isu..rentetan daripada desakan hidup ramai graduan yang terpaksa menganggur..jadi kalau tanam anggur kat tempat yang betul maka boleh la dapat hasil..
Kaitan anggur dan tempat yang betul pulak kita kaitkan dengan samada makan gaji atau kerja sendiri..

Faktor-faktor yang perlu diambil kira kalau makan gaji
-fixed income
Yang best kalau makan gaji ni, cukup bulan boleh check gaji dah masuk ke belum..senang..straight forward..walaupun kengkadang baru tengah bulan dah rasa tercekik lambat nak capai air sejuk kan.. (ehem..mohon terasa😀)..
Ya kita rasa selamat selagi mana kita buat kerja kita dan semuanya siap ikut masa yang ditetapkan..senang je majikan bagi..tapi pernah tak kita fikir contoh sepatutnya pada bulan ni (bulan julai sebagai contoh), alina mendapat satu tender besar untuk syarikat (secara jelas keuntungan untuk syarikat) tetapi pada bulan tersebut hanya mendapat gaji tetap swperti yang dijanjikan..kalau kerja sendiri dah tentu keuntungan tersebut dapat kat kita..ahah..think to ponder..

-office hour
sebagai seorang yang makan gaji, pekerja terikat dengan waktu bekerja yang ditetapkan oleh majikan..sebagai contoh waktu pejabat untuk syarikat maimun selamat adalah dari pukul 8:30 sehingga 5:30 petang..jadi semua pekerja bagi syarikat maimun selamat wajib berada di pejabat pada waktu tersebut waima apa berlaku sekalipun..
Perbandingan dengan gologan bekerja sendiri mereka mempunyai masa yang tidak terikat..makna sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tidak dapat dielakkan maka kelebihan untuk mereka.

-restrict policy and procedure
Mana-mana company besar atau kecil, mesti ada peraturan punya..haih..kalau dah non hado acaner nak wat business.. (ketuk kepala sikit😥).
-low risk
Kenapa risiko rendah kalau makan gaji..contoh basri kerja dengan syarikat insurans (saya lebih suka sebut syarikat takaful; patuh syariah dan tiada transaksi yang meragukan) tidak perform atau tidak capai target untuk suku pertama..risiko cuma ditanggung oleh syarikat takaful sendiri dan pekerja seperti basri tidak akan terjejas periuk nasi dia..selamat dan play safe sangat..

Faktor-faktor yang perlu diambilkira kalau kerja sendiri
-fluctuate income
Bercakap pasal fluctuate income atau mudah faham non fixed income adalah satu benda yang seronok kalau kita kaji dari sudut yang positif..sebagai contoh deena collection yang mana perniagaan utama adalah baju baju yang design terbaru plus meletop2 kat instagram (sebagai contoh medium alam maya masa kini)..siap trending hashtag #deenacollection..menjadikan demand yang sangat tinggi..secara logik deena collection beh mendapat keuntungan luar jangka pada tempoh tersebut..menarik kan..pemilik deena collection dapat untung dari kerja sendiri..siapa xnak (kasi angkat tangan sikit yang xnak 2, Dee nak bagi acc no Dee ☺)
-flexible hour
bab yang flexible memang ramai la jealous..sebab best je leh kerja santai santai kan..eheh..langit x selalu cerah (cam xkena sequence connetor dia😁) Korang xtau camne orang kerja sendiri nak survive..nam bagi balance asset ngan liability..nak tengok pulang ke tidak modal..belum masuk struggle nak closing account for the month lagi..
again..think to ponder

-flexible procedure
Ada jugak percaya bahawa simple mak perfect..jadi kengkadang itu lebih membawa keuntungan kepada pemilik syarikat.
-high risk
Pepatah melayu ada sebut kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi laut (jangan tanya kalau orang duk tengah laut camne; belum buat research lagi)

Secara kesimpulannya, kita sebagai penanam ni kena la pilih tanah yang sesuai dan baja yang betul bersama dengan cara penjagaan yang betul..Maka dengan itu sama ada anda nak makan gaji atau kerja sendiri pastikan anda ada persediaan untuk menjaga bagi hasil nya memuaskan hati kita..
till then..
xoxo..

Tuesday 28 July 2015

Tips pilih couple

Amboi entry kemain..untuk siapa yang masih bercelaru memikirkan bagaimana nak pilih kriteria untuk jadikan couple..kena wat research dulu..
ya betul xelok ok couple2 ni..adalah lebih molek (macam kuih cek mek molek yang jual kat bawah pokok) kalau kita memilih pasangan hidup..persoalan sekarang calon yang bagaimana..
meh nak share tips memilih pasangan..
1. Cari yang beriman
ewah..celah mana pulak kita nak tau dia tu beriman bertaqwa dan beramal soleh (am I too demanding?)
The answer is big no!
Why? Sebab memang kena pilih yang beriman..nabi berpesan untuk memilih calon pasangan dengan 4 kriteria (agama, rupa paras, harta & keturunan)..tapi nabi dah cakap pilihlah kerana agamanya.. (its sound like hmm..u ni ustazah ke erkk) derr..
nabi juga pesan  بلغوا عني ولو آية(sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat)
2. Sesedap mata memandang
sesedap mata memandang tu camne nak cakap ye..well..cantik atau handsome seseorang 2 sangat subjektif..contoh ada orang cakap hanis zalikha 2 cantik tetiba member sebelah cakap eh erra fazira cantik lagi ok..huh kan xsama..
tapi percayalah kalau dia jodoh kita (macam tajuk cerita astro ria) cinta tu akan boleh dipupuk dan disemai (jiwang karat nampak😅)
3.sekufu
sekufu bermaksud mempunyai persamaan nantara 1 sama lain..kalau typical malay (I am proud to be a malay) sekufu cam u ade degree so so future husband pun at least kena ade degree (paham ke paham😕) tapi xsemesti camtu tafsirannya..of which ramai je suami PhD isteri degree je tapi alhamdulillah panjang jodoh mereka..

Hmm..apa2 pun pokok pangkalnya tepuk dada tanya hati..
Dee rasa nak share 1 cerita kawan dee yang nak kahwin tapi belum ada calon.. (beliau telah ada kawan beberapa orang tapi jodoh xde) ok what she did? Dia doa n wat solat solat sunat pas2 doa bersungguh (assuming macam merintih dan mengadu pada Allah ) Allah Maha Kuasa takdir dia bertemu jodoh masa 1 ramadhan n rezeki dia raya haji 2 dia nikah..bercinta lepas nikah syok ok..
*leh follow ustazah fatimah syarha kat youtube banyak rasa..dia selalu share cinta selepas berkahwin..
ok till then..
xoxo

Bismillah

Kalam bismillah kak dee mulakan..cewah..
Selalu ibu dengan ayah pesan nak mulakan apa apa mulakan dengan bismillah..
بسم الله الرحمن الرحيم dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Okay nanti kak dee sambung lagi..
okay bye☺